Bacian Kepuasan
tolong pilih tahap kepuasaan bagi para pangguna kopiah hj mohd idris ..
sila lihat di sebelah ruangan kanan anda !!!
Isnin, 21 November 2011
Sabtu, 5 November 2011
Salam Lebaran
Salam lebaran kepada semua peminat2 blogger KAWAAFI KREATIVE ( KAWAAFI .COM)
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADAHA
DAN SELAMAT MELAKUKAN IBADAH KORBAN
SEMOGA DI BERKATI OLEH ALLAH S.W.T.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADAHA
DAN SELAMAT MELAKUKAN IBADAH KORBAN
SEMOGA DI BERKATI OLEH ALLAH S.W.T.
Jumaat, 21 Oktober 2011
Tokoh yang Pakai Kopiah Hj Mohd Idris ( Kawaafi.com)
Almarhum Ustaz Fadhil Noor
al fadlil ustaz Haron Din
Al fadil ustaz nasharuddin Mat Isa
Al-fadhil Ustaz Idris Ahmad
al fadil Ustaz nasrudddin Hassan
Dr mohd Asri zainal Abidin
Almarhum Ustaz Asri
Ahad, 16 Oktober 2011
Sabtu, 15 Oktober 2011
produck Utama Kopiah HMI
Produk utama yang dikeluarkan hanyalah tertumpu kepada kupiah, ianya merupakan pakaian orang melayu lelaki dalam menunaikan ibadah solat mahupun seharian. Kupiah yang dikeluarkan ini tidak kecut, tidak mudah rosak, berkualiti tinggi dan dijamin sedap dipakai. Terdiri daripada 2 jenis iaitu biasa (standard) dan tebal (eksklusif) turut disediakan pelbagai warna tetapi warna putih sudah menjadi warna tradisi dan pilihan. Saiznya pula dilabel dalam ukuran inci dan kebiasaanya bermula dari saiz 20 inci dan menaik ¼ inci sehingga 23 inci. Kupiah ini mempunyai sulaman logo dikanan dan kiri, didalamnya dijait kemas kain yang lembut dan gebu untuk keselesaan 100 peratus pengguna. Produk tempahan khas turut diterima, selalunya tempahan-tempahan ini berlainan dari segi campuran warna, warna logo, tekstur produk serta tambahan lain. Tempahan yang lazim diterima ialah warna logo emas. Kupiah bercirikan tarbus arab turut dikeluarkan. Berlainan fabrik dan bahan daripada songkok hitam, kupiah ini boleh dibasuh, dicuci dan dilipat untuk keselesaan para pengguna.
TEMPAHLAH SEKARANG !!!!!!!!!!
Sejarah
KUPIAH HAJI MOHD IDRIS
PENGENALAN :
KUPIAH BUKIT MERTAJAM juga dikenali sebagai KUPIAH HAJI MOHD IDRIS dan hari ini disebut KUPIAH APATAH atau KUPIAH PATAH. Ketiga-tiga nama ini mempunyai hubungkait yang rapat dengan BUKIT MERTAJAM yang merupakan tempat pengeluarannya, HAJI MOHD IDRIS merupakan perekaciptanya dan APATAH (ABD PATAH BIN HAJI MOHD IDRIS) adalah anak keempat HAJI MOHD IDRIS yang mewarisi pengeluarannya. Berikut dijelaskan serba sedikit sejarahnya:-
HAJI MOHD IDRIS BIN HAJI ARSHAD 1914-1994
Haji Mohd Idris adalah anak kepada seorang yang berketurunan Banjar (Alai) iaitu Haji Arshad bin Hj Yasin bin Hj Layang berasal dari Banjar Masin, Kalimantan, Borneo. Hj Mohd Idris dilahirkan di Masjid Tinggi Perak, setelah berumur 13 tahun beliau berhijrah ke Bukit Mertajam kerana mengejar cita-cita pengajiannya dalam bidang agama. Memenuhi tuntutan pengajiannya beliau mula menceburi bidang jahitan ketika masih berumur lebih kurang 16 tahun. Dua tahun selepas itu beliau sudah mahir menjahit baju melayu dan sewaktu inilah beliau mula merekacipta apa yang disebut KUPIAH hasil dari penelitian ke atas songkok dari India (jenis lipat). Mesin jahit yang dikuasakan dengan tangan digunakan pada waktu itu (1932). Selama dua ke tiga tahun beliau mencuba dari sebiji ke sebiji sambil menjualnya kepada pelajar-pelajar yang ada pada waktu itu (PONDOK AL-MASRIYAH). Kupiah jahitannya yang mementingkan mutu dan seni jahitan telah berjaya mendapat sambutan di negeri Kedah, Kelantan, Perak dan Melaka iaitu sekitar tahun1936, sempena terkenalnya kupiah pada tahun tersebut maka jenama ini meletakkan 'SEJAK 1936' sebagai tahun penubuhan dan permulaannya. Sewaktu itu 15 orang pekerja diambil bekerja dengan Haji Mohd Idris kerana tempahan yang begitu banyak diterima pada waktu itu. Keadaan ini berlarutan ke tahun 1960an, dimana pada tahun tersebut banyak pihak yang mencuba meniru hasil buatannya. Haji Mohd Idris mula mengurangkan keluarannya hinggalah beliau pergi menunaikan fardhu haji di Mekah pada tahun 1969/70. Sekembalinya dari Mekah beliau tidak lagi aktif mengeluarkan kupiah dan hanya menerima tempahan sahaja serta tidak lagi menyimpan stok. Bermula dari ketika inilah anaknya yang bernama ABD PATAH mula mempelajari membuatnya.
HAJI ABD PATAH BIN MOHD IDRIS 1950 - Sekarang
Beliau dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan bersekolah di Sekolah Rendah Tanah Liat. Setelah tamat tingkatan 5 sekolah pertukangan (Vocational) dan bakat seni pertukangan ini sedikit sebanyak membantu dalam pembuatan ini, selang beberapa bulan selepas itu beliau (Abd Patah) mendapat tawaran di IKM dalam bidang jahitan yang menambahkan lagi pengalaman beliau kearah pembuatan kupiah ini. Sambil menjahit baju beliau membuat kupiah hingga beliau mendapat tawaran guru seni pertukangan kayu dan tin, juga menambahkan pengetahuan dalam bidang ketukangan. Sekembalinya dari bertugas ditempat yang jauh, kira-kira 1982 beliau mula menumpukan kembali dalam bidang jahitan. Oleh kerana tempahan kupiah yang masih ada, Haji Mohd Idris menyerahkan terus pembuatannya kepada anaknya Haji Abd Patah, ketika itu pengeluaran kupiah masih lagi dalam manual ataupun jahitan tangan. Semua pengalaman dalam bidang yang pernah diceburinya diguna-pakai dan diadaptasi untuk meningkatkan mutu pengeluaranya. Beliaulah yang bertanggung jawab mengubahnya dari manual kepada semi-auto dengan menghadiri beberapa pameran mesin (1989-1990). Dari pendedahan pameran tersebut, beliau telah berjaya menukarkan cara penegeluaran kupiah dari manual kepada semi-auto yang rekaciptanya mengambil masa kira-kira 8 tahun (1998). Walaubagaimanapun, ianya masih belum tepat sehingga tahun 2002 barulah dikira tepat (14 tahun). Pada tahun 2006 kupiah ini mula dikeluarkan oleh pihak lain terutamanya dari Negara Thailand sehingga ke hari ini. Walaupun begitu falsafah pembuatannya masih dikekalkan iaitu mengikut pesanan Haji Mohd Idris:-
"KITA BUAT UNTUK KEPUASAN PEMAKAINYA, BUKAN KUANTITINYA TAPI KUALITINYA".
share blogger Nasir patah
KOPIAH YANG TERLARIS DI MALAYSIA... DAPATKAN YANG ORIGINAL...AWAS BARANG TIRUAN |
KOPIAH YANG TERLARIS DI MALAYSIA... PASTI DAPAT YANG ORIGINAL PENGELUAR : HJ ABD PATAH BIN HJ MOHD IDRIS BUKIT MERTAJAM | |
PRODUCTS Kupiah Hj. Mohd Idris ( H.M.I ) atau lebih dikenali sebagai Kupiah Bukit Mertajam...SEKARANG DI PANGGIL KOPIAH APATAH Kupiah Hj. Mohd Idris ( H.M.I ) atau lebih dikenali sebagai Kupiah Bukit Mertajam sentiasa mengekalkan kualitinya dengan keaslian buatan tangan serta kehalusan seninya mementingkan kepuasan pemakainya. Kupiah Hj. Mohd Idris ( H.M.I ) dibuat dari benang halus berkualiti tinggi bagi menjamin persembahan mutu yang terbaik. Kupiah H.M.I diproses melalui kualiti kontrol yang ketat sesuai dengan standard export. Kupiah Hj. Mohd Idris ( H.M.I ) tetap dengan keaslian dan kehalusannya yang mementingkan mutu dan kualiti untuk memenuhi hajat peminatnyA . . . AWAS BARANG TIRUAN . . |
Langgan:
Ulasan (Atom)















